BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 7 Disember 2009

Akedemi Canine = Prolog


Daniese berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik perpustakaan sekolah.Dia membuka sedikit pintu untuk melihat sekeliling keadaan didalam bilik perpustakaan.Dia mengeluh.Lalu pintu ditutup semula.Dia berjalan ke sekeliling sekolah supaya dapat berjumpa dengan bilik yang sunyi untuk dijadikan tempat untuk membaca.

"Mereka jadikan bilik perpustakaan untuk berbual.Puas saya ronda-ronda sekeliling sekolah.Tapi kenapa mesti bising?Inikah yg dinamakan 'AKEDEMI'?Macam ni ke perangai budak kaya?datang sekolah hanya untuk bermain."Daniese membebel seorang diri.Kakinya masih berjalan.Tiba-tiba kakinya berhenti di depan bilik muzik.

"Bilik muzik ini tak pernah digunakan.Saya rasa bilik ini sesuai untuk membaca dengan senyap."Daniese memulas tombol pintu dengan berhati-hati.

Apabila dia membuka pintu dan masuk ke dalam bilik muzik,dia ternampak kelibat 6 jejaka yg tak pernah dijumpainya.

"Keperibadian Akedemi Canine adalah daripada,satu,berprestij.Dua,kekayaan.Dan kemakmuran.Manusia mempunyai banyak masa ditangan mereka.Oleh kerana itu,Kelab Pelayan Akedemi Canine ini dikaitkan dengan jejaka tampan yang ada masa untuk menerima dan menjamu gadis-gadis tersayang yang juga ada masa untuk diluangkan bersama kami.Ia adalah satu permainan yang unik di akedemi ini."Terang salah seorang daripada mereka yang bernama Daniel.Daniese terpinga-pinga.

"Ke...ke..kelab pelayan te..tetamu???"Daniese pelik.

"Dia ialah seorang...."Ayat Nazim dan Nizam terhenti.

"Nazim dan Nizam,awak berdua adalah satu kelas dengan tetamu ini,bukan?"tanya Farhan.

"Ya.Tapi orang ini tidak suka berjalan seperti orang lain.Jadi kami tidak tahu pasal dia terlalu banyak.Dia ni pelik sikit."terang si kembar serentak.Farhan tersenyum.'Ia agak biadap.Sebenarnya dia adalah....'hati Farhan berkata-kata.Dia dah tahu tentang Daniese dengan serta-merta.Farhan ialah orang yg mudah mencari maklumat.

"Selamat datang ke Kelab Pelayan Tetamu.Pelajar istimewa."Sapa Farhan.Daniel bingkas.

''Apa?pelajar istimewa yang dikatakan luar biasa tu ke?jadi dia adalah Denis?"Sergah Daniel.Daniese cuba membuka pintu untuk keluar.Tetapi tidak berjaya.Dia memusingkan kepalanya ke belakang.

"Ma..ma..macam mana awak tahu nama saya??"Tanya Daniese pelik.

''Biasalah,mereka kata susah untuk mencari orang yang ulat buku seperti awak.Sebab tu mereka gelar awak pelajar istimewa yang luar biasa.Awak terkenal."Farhan menjelaskan perkara yang memelikkan Daniese.

''Ah...kenapa...hurmm..terima kasih..''Daniese menggigil.Tak tahu apa yang patut dicakapkan.

"Sama-sama.Apapun.dalam perkataan lain,awak adalah hero kami.Denis.Bahkan jika awak adalah nombor satu di dalam kelas awak,awak adalah pelajar paling cemerlang di seluruh sekolah."Daniese berjalan perlahan-lahan untuk melarikan diri supaya Daniel tidak perasan.Tetapi Daniel membuka mata dan mengejar Daniese dengan perlahan-lahan.

"Atau mungkin tidak penting bagi awak yang bertaraf orang awam."sambung Daniel.

"Tidak.Saya tak seperti yang awak sangkakan"Marah Daniese.

''Come on.Kenapa tidak?Kami semua menyambut apapun jenis orang walaupun orang itu miskin.Apapun,selamat datang ke dunia kami yang cantik.Orang miskin"balas Daniel.

"Sila maafkan saya."Daniese dah geram.Dia mengambil keputusan untuk beredar.Hatinya bagai diperah-perah!sakit hati!!

"Hey.Adik Denis..adik Denis..adik Denis awak adalah hero??itu hebat.."Faiz menarik lengan baju Daniese.

"Pelajar istimewa.Bukan hero.''Daniese terpaksa melayan kerenah Faiz.

"Jap..jap..siapa awak nak panggil saya adik??hah?!!!"sambung Daniese dengan nada marah.Ye la..penampilah Faiz selalu membuatkan orang lain keliru sebab dia terlalu pendek dan manja sedangkan dia adalah senior.

"Tapi..saya tak pernah mengharapkan si 'ulat buku' terkenal menjadi gay"Keluh Daniel.Daniese berpaling ke arah Daniel.Dahinya berkerut.GAY?

"Jadi manakah yg menjadi idaman awak?''tanya Daniel.

"Yang liar?yang seperti kebudak-budakkan?yang sedikit nakal?atau yang cool?"sambung Daniel.Yalah,sekarang Daniese berada di dalam bilik Kelab Pelayan Tetamu.Jadi semua ahli kelab memikir bahawa Daniese lelaki yg datang untuk menjadi tetamu.Sebab tu dia kata Daniese gay.

Daniese mengundurkan diri kebelakang tanpa menoleh ke belakang sambil berkata "TIDAK.Saya datang cuma untuk mencari tempat sunyi untuk belajar dengan tenang."

Sebelah tangan Daniel diletakkan di pipi Daniese.Daniese gelabah.

"Atau..apa kata awak pilih saya?Mahu?"Daniel sambung tentang ahli Kelab Pelayan Tetamu.Semakin laju Daniese undur tanpa menyedari ada sebuah pasu dibelakangnya.Dia terlanggar pasu itu dan cuba sedaya upaya untuk menggapai objek itu.Tetapi objek itu terjaduh dan...BUMMM!!Daniese tergamam.

"AHH....pasu bunga milik Rene adalah sasaran utama sekolah kita untuk memilikinya."Kata Nizam.

"Jahatnya.. kami rasa kami tidak akan menerima wang tunai sebanyak 8 million untuk pasu ini daripada awak."sambung Nazim.

"LAPAN MILLION??!!"jerit Daniese.'Mana nak dapat duit ni??'hati Daniese berkata.

"Mmm..pasal bayaran ni..."suara Daniese gugup.

"Adakah awak berkebolehan juga??"Tanya si kembar serentak.Daniel duduk di atas kerusi yang tersedia.Dia menundingkan jari telunjuknya ke arah Daniese.

"Jika awak tak mampu untuk membayarnya.Dan mencari duit dengan cara bekerja.Apa kata mulai sekarang awak pembantu bertaraf rendah Kelab Pelayan Tetamu"Cadang Daniel.

Daniese terdiam.Alamak!!!pembantu??